Ubat

*REVISION RAMADHAN*

[FIKAH PERUBATAN]

Rawatan-rawatan yang tidak membatalkan puasa:

1) Ubat titis mata dan titis telinga.

2) Tablet nitroglycerin dan yang seumpama dengannya yang diletakkan di bawah lidah (sublingual). Biasanya digunakan untuk merawat sakit jantung.

3) Semua bentuk rawatan yang melibatkan kemasukan benda atau ubat ke dalam faraj seperti vaginal suppository, pencucian (doush), vaginascope atau tangan doktor yang memeriksa pesakit (digital examination).

4) Semua bentuk tiub atau bahan yang dimasukkan ke dalam badan melalui saluran kencing seperti
urethroscope, barium, pencuci urethra.

5) Menampal gigi, mencuci gigi atau menggosok gigi dengan siwak atau berus gigi selagi mana tidak masuk ke dalam halkum (ditelan).

6) Semua jenis suntikan kecuali Parenteral Nutrition (Fluid therapy).

7) Pendermaan darah atau menerima darah.

8) Bantuan oksigen atau gas pelali (anesthetic gases).

9) Semua jenis krim atau minyak yang disapu pada kulit walaupun dibekalkan dengan bahan kimia yang terserap ke dalam kulit.

10) Mengambil darah untuk ujian makmal.

11) Semua jenis salur yang dimasukkan ke dalam saluran darah bagi tujuan x-ray pada jantung atau mana-mana bahagian pada anggota badan (catheterization).

12) Laparoskopi yang dimasukkan ke dalam abdomen untuk tujuan pembedahan.

13) Semua jenis ubat kumur, seperti mouth-rinsing gargle dan penyembur mulut selagi mana tidak masuk ke dalam halkum.

14) Uteroscope atau IUCD (pencegah kehamilan) yang dimasukkan ke dalam rahim.

15) Sampel organ yang diambil daripada badan seperti hati atau daripada mana-mana anggota badan (biopsy).

*Majoriti yang terlibat (pakar perubatan & Syariah) dalam persidangan tersebut memutuskan bahawa pesakit tidak batal puasa dengan rawatan berikut:*

1) Ubat titis ke dalam hidung (nasal drops) atau ubat asthma (inhaler).

2) Semua jenis ubat yang dimasukkan melalui anus (dubur). (Walaupun sebahagian ulama’ mazhab menghukumkan batal puasa, tetapi sebahagian yang lain tidak menghukumkan batal. –Untuk keluar dari khilaf elok jika rawatan dilakukan pada waktu malam selepas berbuka puasa- penulis).

3) Pembedahan yang menggunakan pelali seluruh badan (general anesthesia) yang dijalankan pada siang hari setelah pesakit mula berpuasa sejak malam sebelum pembedahan.

4) Suntikan untuk merawat sakit buah pinggang melalui artificial kidney (dialysis) sama ada peritoneal atau hemodialysis.

5) Memasukkan gastroskop ke dalam perut dengan syarat tiada sebarang cecair atau apa-apa bahan rawatan disalurkan.

*Rujukan :*
*Persidangan IOMS ke-10 pada 1997 di Morocco bertajuk: “An Islamic View of Certain Contemporary Medical Problems” (Pandangan Islam terhadap Beberapa Masalah Kesihatan Kontemporari)*

*’Ilmuwan Berbakti, Teguh Sehati” “at-Taqwa, as-Syifa’,ar-Rahmah”*

“Muslim Sejati,Generasi Rabbani”

*Unit Fikah Perubatan,*
*Jabatan Pembangunan Insan,*
*PERUBATAN 2016/2017.*

Wallahualam.

Ya Allah

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

ُِSalam pagi Khamis
19 Syaaban 1437H,
26 May 2016.
بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّحِـــــــيمِ
ٍ
اَلْحَمْدُ ِللهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ وَالْعَاقِبَةُ لِلْمُتَّقِيْنَ وَلاَ عُدْوَانَ إِلاَّ عَلَى الظَّالِمِيْنَ وَالصَّلاَةُ وَالسَّلاَمُ عَلَى أَشْرَفِ اْلأَنْبِيَاءِ وَالْمُرْسَلِيْنَ وَعَلَى ءَالِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِيْن

Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim, dengan rasa rendah diri, kami yang kerdil dan hina ini memohon doa dengan penuh pengharapan kepadaMu Ya Allah, semoga Engkau sudi mendengar permintaan kami, kerana sesungguhnya Engkaulah Tuhan yang Maha Mendengar.

Ya Fattahu Ya Alim, ajarkanlah kami untuk melihat jalan keluar dari semua masalah yang membelenggu kami, bukakanlah hijab kepada kami yang tidak mampu melihat setiap kebaikan pada kejadian dan takdirMu.

Ya Allah takdirkanlah yang baik2 untuk diri kami, Janganlah Engkau menguji kami pada apa yang tidak mampu kami lalui.

Ya Allah Ya Rabbul Jalil, sejahterakanlah kami dengan kesihatan yang baik supaya dengannya kami dapat beribadah kepada Mu dengan selesa.

Ya Allah ampunkanlah segala dosa kami, kerana kami terlalu banyak dosa kepadaMu Ya Allah.

Ya Allah Ya Rahman Ya Raheem, ampunkanlah dosa kedua ibubapa kami. Ya Allah Engkau ganti lah segala pengorbanan mereka dengan kebajikan yang boleh membawa mereka ke syurgaMu Ya Allah.

Ya Allah kami juga memohon ampun untuk kaum kerabat kami, sahabat2 kami dan guru2 kami yang terlebih dahulu pergi meninggalkan kami kealam barzakh, golongkanlah mereka dalam golongan orang2 yang Engkau redhai.

Ya Allah apabila tiba pula giliran kami menuju ke alam barzakh Mu maka Engkau ambillah kami dalam keadaan yang baik, dalam keampunan dan rahmatMu Ya Allah.

Ya Allah Ya Azizz kurniakanlah kepada kami jiwa yang tenang dan tenteram, hiasilah hati kami dengan sifat syukur, redha, sabar, ikhlas, amanah dan bertanggungjawab.

Ya Allah Engkau jauhkanlah daripada kami sifat ujub, riak, takabbur, fitnah, mengadu domba, sangka buruk dan khianah.

Ya Rashid Ya Rahman Ya Rahim jika ada di kalangan kami mereka yang diuji dengan kesusahan, maka Engkau bantulah mereka, permudahkanlah urusan mereka, jika ada di kalangan kami mereka yang bersedih hati, berikanlah ketenangan dan jalan keluar kepada mereka, jika ada di kalangan kami sedang berhajat dengan sesuatu keperluannya, maka tunaikanlah hajat mereka, dan cukupkanlah keperluan mereka.

Ya Allah jika ada di kalangan kami ada mereka yang diuji dengan sakit, maka kau sembuhkanlah mereka Ya Allah, agar dapat beribadah bersama kami.

Ya Razzak Ya Fattahu Ya Alim, kurniakan kepada kami rezeki yang halal lagi diberkati dan jadikanlah dengan rezeki itu kami semakin dekat dengan Mu, sebaliknya janganlah Engkau jadikan kami daripada golongan yang lupa diri setelah mendapat kurniaanMu.

Ya Allah bantukanlah kami dalam menjalankan urusan agama kami, elokkanlah urusan dunia kami, yang padanya tempat kami mencari kehidupan, elokkanlah urusan akhirat kami, yang padanya tempat kami akan kembali untuk selama2nya. Jadikanlah kehidupan kami ini sebagai tambahan segala kebaikan kepada kami, dan jadikanlah kematian sebagai ketenangan kepada

َYa Allah kami memohon Ya Allah, kurniakanlah kepada kedua ibubapa kami tempat yang istimewa di syurgaMu Ya Allah. َ

Ya Allah Ya Ghaffar ampunkanlah dosa-dosa kami, dosa kedua ibubapa kami, pasangan hidup kami, anak2 kami, kaum keluarga kami, guru-guru kami, sahabat-sahabat kami serta sekalian muslimin muslimat di mana saja mereka berada.

Selawat dan salam ke atas junjungan kami Nabi Muhammad SAW serta ahli keluarga dan para sahabatnya.

Segala puji pujian hanya untukMu Ya Allah.

رَبَّنَا ظَلَمْنَا أَنْفُسَنَا وَإِنْ لَّمْ تَغْفِرْلَنَا وَتَرْحَمْنَا لَنَكُوْنَنَّ مِنَ الْخَاسِرِيْنَ

رَبَّنَا ءَاتِنَا فِى الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِى اْلآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ

وَصَلَّى الله ُعَلَى

Syurga

  • Suatu hari ketika Rasulullah saw & para sahabat berkumpul di satu sudut Masjid Nabawi, Rasulullah saw tiba2 berkata:

    _”Sebentar lagi dtg seorg pemuda ahli syurga.”_

    Tak lama kemudian dtg seorg pemuda yg muka & tangannya basah berwudhuk, sambil sebelah tgn memegang sandal. Penampilan sgt sederhana. Tiada apa yg istimewa.

    Beberapa hari kemudian, ketika Rasulullah saw & beberapa sahabat duduk di tempat sama, sekali lg Rasulullah saw kata:

    _”Sebentar lagi dtg seorg pemuda ahli syurga.”_

    Sebentar kemudian, pemuda yg sama sampai. Pun berpenampilan sama.
    Salah seorang sahabat yg ada di situ ialah *Muaz bin Jabal ra.* Beliau ingin tahu apa rahsia lelaki itu yg dikatakan ahli syurga.

    Lalu dia mencari jalan utk tidur di rumah lelaki itu dgn memberi pelbagai alasan. Pemuda itu benarkan Muaz tidur di rumahnya.

    Malam itu ketika Muaz bangun *bertahajjud*, pemuda itu masih *nyenyak tidur* hingga ke Subuh.

    Pabila subuh, pemuda itu bangun solat Subuh. Lalu mereka *membaca Al Quran, lelaki itu tersangkut-sangkut* merangkak membaca. Tidak lancar seperti Muaz.

    Dan apabila menjelang waktu Dhuha, Muaz *bersolat sunat Dhuha*. Tapi lelaki itu tidak.

    Selain itu pada hari yg sama Muaz *berpuasa sunat*, tapi lelaki itu tidak.

    Muaz pun menceritakan perihal Rasulullah saw telah katakan pada lelaki itu, dan berterus-terang bertanyakan apakah amalannya hingga Rasulullah mengatakan dia ahli syurga.. lalu pemuda itu berkata:

    _”Amalanku tidaklah sebaik mana. Aku masih belum lancar baca Al Quran. Aku masih tak mampu bangun bertahajjud. Aku juga tak mampu lg solat dhuha. Apatah lg berpuasa sunat.”_

    _”Tapi…”_

    _”Sejak beberapa minggu ini, aku cuba amalkan 3 perkara yg baru ku pelajari:”_

    1. *Aku sgt cuba tidak sakitkan hati sesiapa.* Samada kaum keluargaku, jiranku, sahabatku mahupun orang yg tak kukenal.

    _”Muaz berkata, subahanallah.”_

    _”Lagi…?”_

    2. *Aku cuba elakkan diri dari memarahi sesiapa.* Dan aku akan maafkan semua org yg membuat salah kepadaku.

    _”Muaz berkata, subahanallah. Lagi…?”_

    3. *Aku cuba jaga tali silaturrahim.* Dan aku akan bantu panjangkan silaturrahim sebaik mana mungkin.
    Itulah yg mampu aku lakukan.

    _*Subhanallah…*_

    Sahabat2 sekalian.
    *Jika kita rasa kita hebat dgn imej kita, kita silap.* *Jika kita rasa kita hebat dgn amalan kita pun silap.*

    *Kalau kita rasa kita tak perlu beramal, lagilah jauh silapnya.*

    Apa guna ilmu tinggi, hidup penuh syariat, pakaian sunnah *tapi apa yg keluar dari mulut kita sentiasa sakitkan hati isteri, hati suami, hati anak, hati sedara mara, hati orang, apatah lg hati ibu bapa.*

    Apa guna ilmu tinggi, hidup penuh syariat, berpakaian ikut sunnah tp *selalu marah maki hamun org dan penuh dendam kesumat dlm dada.* Apatah maafkan orang…. jauh sekali.

    Apa guna ilmu tinggi, hidup penuh syariat, kereta penuh sticker Islamik tapi *sering bergaduh, kawan selalu salah kita saja yg betul, sedara mara mula dekati kita, kita tak hairan..* apatah lg nak melawat dan berkunjung usah diharap….

    _*Fikirkaann…*_